Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin selepas MAP Kramat pada 8-3-2009 ramai ahli-ahli Kramat tertanya-tanya akan apa status terkini serta perkembangan terkini Kramat.
Untuk makluman Kramat telah melepasi tahap ke 2 penubuhan iaitu MAP. Tahap pertama adalah permohonan penubuhan yanag telah diluluskan pada 20 Jan 2009.
Selepas MAP dalam masa 14 hari semua dokumen, borang, minit mesuarat MAP dan Undang-undang kecil perlu dihantar kepada pihak SKM.
Pada 16hb Mac 2009, Isnin saya mewakili ALK Kramat telah pun menghantar borang berkenaan ke SKM Selangor. Adalah dijangkakan dalam masa 1 bulan pendaftaran Kramat akan selesai. Selepas pendaftaran Kramat selesai barulah pihak Koperasi Kramat boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak termasuk aktiviti perniagaan dan aktiviti ahli koperasi.
Pada waktu ini Koperasi Kramat mengadakan program menambahkan ahli koperasi. Pihak Kramat akan melakukan roadshow ke seluruh Malaysia jika diizinkan. Setakat ini pihak Kramat telah menghubungi pihak MARES,ASTRA,PARTS,PRADAS dan PERAMAH. Jika mendapat keizinan pihak Kramat akan membuka kaunter pendaftaran dan penerangan sewaktu AGM bagi kelab-kelab berkenaan. Lain-lain kelab dan persatuan juga sedang dihubungi.
Pihak kramat mengalu-alukan sebarang bantuan oleh mana-mana ahli untuk mempromosi kewujudan Kramat sama ada melalui AGM, eyeball, majlis-majlis, atau apa sahaja yang difikirkan dapat membantu mempromosi Kramat.
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi setiausaha 9W2REJ atau Rudy di talian 012-3050 205.
Sekian.
Yang berusaha,
Rudy Eruwan Jamain
No comments:
Post a Comment