Showing posts with label Koperasi. Show all posts
Showing posts with label Koperasi. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Instalment plan by KRAMAT

Pembelian Secara Ansuran

Pihak Koperasi Kramat didalam perancangan untuk menyediakan pelan pembayaran ansuran untuk produk-produk jualan koperasi seperti Radio set. Tujuan pelan ini adalah untuk memudahkan ahli membeli produk radio amatur secara lebih mudah. Selain itu terdapat juga peralatan radio seperti set HF yang agak mahal dan ada sesetengah ahli kurang berkemampuan untuk membelinya.

Pelan ansuran yang dirancang dijangka akan membuatkan permintaan terhadap produk radio amatur akan meningkat dengan mendadak.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum mana-mana ahli koperasi layak menikmati pelan berkenaan, antaranya adalah:-

Tempoh keahlian yang tertentu didalam koperasi.
Ahli yang layak adalah ahli yang sudah melabur dan mendaftar didalam suatu jangka masa yang ditetapkan.

Ini adalah untuk memberi ruang hanya ahli yang benar-benar serius didalam koperasi sahaja mendapat peluang berkenaan.


Pembayaran yuran bulanan atau yuran khas akan diperkenalkan suatu masa nanti. Mana-mana koperasi sebelum memberi pinjaman biasanya akan membuat kutipan yuran bulanan berkenaan. Ini bagi menampung pusingan modal koperasi berkenaan


Itu adalah antara beberapa jenis kelayakan yang biasanya diperkenalkan. Oleh itu mana-mana peminat radio amatur yang mempunyai niat untuk membeli secara ansuran dan masih belum menjadi ahli Kramat agar dapat demikian secepat mungkin.

Setiausaha Koperasi,
9W2REJ

So guys join in the KRAMAT.

Wednesday, March 18, 2009

Cooperative Promotion

Pihak KRAMAT akan mengadakan promosi ke kepada bakal-bakal ahli-ahli baru melalui kelab-kelab radio amatur Malaysia. Berikut adalah jadual promosi Kramat:-

1) 21 Mac 2009, Jam 2pm- Mesyuarat Agung PERAMAH, Kompleks Belia dan Sukan Daerah Bera, Pahang

2) 27 Mac 2009, Jam 8pm - Rumah Tuan Presiden Astra - 9M2RR

3) 28 Mac 2009, Jam 9am- Mesyuarat Agung ASTRA di Sek Men Teknik Nibong Tebal

4) 29 Mac 2009 - Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Perak(PARTS)- masa dan tempat akan ditentukan kemudian

5) Mesyuarat Agung MARES - masa dan tempat akan ditentukan kemudian.

Pada tarikh dan masa berkenaan pihak KRAMAT akan menghantar wakil ALK dan Biro KRAMAT bagi membukan kaunter pendaftaran dan promosi. Ahli-ahli baru boleh mendapatkan borang dan membayar Fi masuk RM20.00.

Bagi mana-mana ahli yang hanya mendaftar secara online dan belum mengisi borang keahlian KRAMAT boleh berbuat demikian di tempat yang telah ditetapkan.

Sekian. Harap maklum.

Yang berusaha,

Rudy Eruwan Jamain
9W2REJ
Setiausaha Kramat

Tuesday, March 17, 2009

Cooperative News

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin selepas MAP Kramat pada 8-3-2009 ramai ahli-ahli Kramat tertanya-tanya akan apa status terkini serta perkembangan terkini Kramat.

Untuk makluman Kramat telah melepasi tahap ke 2 penubuhan iaitu MAP. Tahap pertama adalah permohonan penubuhan yanag telah diluluskan pada 20 Jan 2009.

Selepas MAP dalam masa 14 hari semua dokumen, borang, minit mesuarat MAP dan Undang-undang kecil perlu dihantar kepada pihak SKM.

Pada 16hb Mac 2009, Isnin saya mewakili ALK Kramat telah pun menghantar borang berkenaan ke SKM Selangor. Adalah dijangkakan dalam masa 1 bulan pendaftaran Kramat akan selesai. Selepas pendaftaran Kramat selesai barulah pihak Koperasi Kramat boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak termasuk aktiviti perniagaan dan aktiviti ahli koperasi.

Pada waktu ini Koperasi Kramat mengadakan program menambahkan ahli koperasi. Pihak Kramat akan melakukan roadshow ke seluruh Malaysia jika diizinkan. Setakat ini pihak Kramat telah menghubungi pihak MARES,ASTRA,PARTS,PRADAS dan PERAMAH. Jika mendapat keizinan pihak Kramat akan membuka kaunter pendaftaran dan penerangan sewaktu AGM bagi kelab-kelab berkenaan. Lain-lain kelab dan persatuan juga sedang dihubungi.

Pihak kramat mengalu-alukan sebarang bantuan oleh mana-mana ahli untuk mempromosi kewujudan Kramat sama ada melalui AGM, eyeball, majlis-majlis, atau apa sahaja yang difikirkan dapat membantu mempromosi Kramat.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi setiausaha 9W2REJ atau Rudy di talian 012-3050 205.

Sekian.

Yang berusaha,

Rudy Eruwan Jamain

Monday, March 2, 2009

Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD(Dalam Penubuhan)

Merujuk perkara diatas, sukacitanya dimaklumkan Tan Sri/Dato',Tuan/Encik/Puan/Sri/
Datin/Puan/Cik dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan yang akan diadakan:


Tarikh: 8 Mac 2009
Hari : Ahad
Masa : 2 petang- 6 petang
Tempat: Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara(Opposite INTAN Bukit Kiara)
** Sila rujuk k-ramat.blogspot.com untuk map ke lokasi.